Sebelum ini, ada segelintir pihak yang mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal menguruskan Bazaar Ramadan tahun ini.
Namun, dakwaan tersebut mendapat tentangan daripada peniaga dan netizen lain yang tidak bersetuju.
DBKL ambil alih
Sebaliknya, ramai peniaga memuji pengurusan DBKL kerana memastikan peluang yang lebih adil untuk semua. Ini kerana, tahun ini, DBKL mengambil alih sepenuhnya pengurusan Bazaar Ramadan tanpa melalui pihak ketiga.

gambar hiasan
Netizen melabel pihak yang mengkritik DBKL sebagai ‘kuat merentan‘, berkemungkinan kerana mereka menyokong kartel lesen Bazaar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur.
DBKL tak gagal
Baru-baru ini, seorang individu memuat naik hantaran di aplikasi X, menyatakan rasa terkejut kerana tidak menyangka dia akhirnya berpeluang berniaga di bazaar yang dikendalikan sepenuhnya oleh DBKL.
Tak pernah seumur hidup aku terfikir boleh meniaga kat bazaar under dbkl. Sebab dulu kalau nak apply, confirm kena lalu persatuan, nak kena kenal orang dalam. Kalau kenal ayahanda, dapat la harga 1.5k. Kalau kenal adik ayahanda, dapat 2k. Kau takde connection? Jgn harap boleh dpt https://t.co/kdV5nekm1C
— AFIQ ROSLAN (@muhammadafique) March 14, 2025
Tak pernah seumur hidup saya terfikir boleh meniaga kat bazaar under DBKL sebab dulu kalau nak apply, confirm kena lalu persatuan nak kena kenal orang dalam.
Kalau kenal ayahanda, dapat la harga RM1.5K. Kalau kenal adik ayahanda, dapat RM2K. Kalau tak ada connection? Jangan harap boleh dapat.
Individu tersebut turut memuji pengurusan DBKL yang lebih proaktif dalam membanteras kartel Bazaar Ramadan, sambil menyatakan bahawa sewa tapak untuk satu lot kini hanya RM700.
Sebagai perbandingan, sebelum ini terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga sewa secara melampau, sehingga mencecah RM50,000. Sistem baharu ini dianggap lebih telus dan memudahkan para peniaga.
Kenyataan tersebut turut mendapat sokongan orang ramai, yang mendakwa sebelum ini tapak Bazaar Ramadan dikawal oleh sistem ‘ayahanda’, di mana pihak tertentu mengaut keuntungan atas angin.