Tiada Lagi Lukisan Hodoh Dengan Google AutoDraw

Trending

Tiada Lagi Lukisan Hodoh Dengan Google AutoDraw

AI (artificial intelligence) eksperimen merupakan laman web yang diperkenalkan oleh Google, dengan aplikasi Autodraw ini ia membolehkan anda membuat lakaran dengan lebih cantik dan kemas.

Aplikasi ini juga ditawarkan secara percuma dan boleh digunakan di telefon, komputer dan setiap hasil lakaran anda boleh dimuat turun secara percuma tanpa perlu bayaran.

Advertisement

Screenshot-2019-01-02-at-12-14-36-PM
Dengan hanya melukis dan membuat lakaran aplikasi ini akan meneka dan mencadangkan ikon atau simbol untuk menggantikan lukisan pengguna.

Aplikasi ini menggunakan teknologi yang sama seperti quick draw. Quick draw merupakan satu permainan online yang dibangunkan oleh Google dengan menggunakan sistem komputer (artificial intelligence) bagi meneka apa yang dilukis oleh pengguna.

Aplikasi AutoDraw ini turut membenarkan pengguna melukis dengan bebas tanpa meneka dan mencadangkan apa yang dilukis oleh pengguna.

Sama seperti aplikasi asas melukis yang lain, AutoDraw juga boleh menambah objek, mengubah suai saiz, menukar warna, menambah teks dalam pelbagai jenis fon dan melukis pelbagai jenis bentuk yang diingini.

Selamat Mencuba!

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...