Tiada Lagi Khemah Di Pantai Port Dickson Bermula 18 November

Kehidupan

Tiada Lagi Khemah Di Pantai Port Dickson Bermula 18 November

Aktiviti sewaan khemah biru yang berlaku di Pantai Telok Kemang yang telah mencetuskan pertikaian di antara peniaga dan orang ramai yang mahu menggunakan pantai awam itu telah diarah dihentikan berkuat kuasa 18 November depan.

Menurut Berita Harian, notis ini telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan semua khemah dan peralatannya perlu dibersihkan dari tapak perniagaan.

Advertisement

Surat ditandatangani Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid itu, menyenaraikan alasan tindakan terbabit, termasuk aktiviti sewaan khemah biru di Pantai Telok Kemang menjejaskan nama baik Port Dickson sebagai pantai peranginan.

Ini ditambah lagi dengan tindakan segelintir peniaga yang menghalau orang awam daripada menggunakan pantai awam.

khemah pantai pd

Arahan untuk menghentikan sewaan khemah mulai 18 November itu turut membabitkan beberapa buah lokasi antaranya Pantai Telok Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin.

Tambahan lagi, jika tidak mematuhi mana-mana kehendak notis, MPPD akan memindahkan dan mengalihkan halangan terbabit tanpa notis selanjutnya.

Selain itu, larangan memulakan apa-apa perniagaan sebagai ganti yang jika tidak dipatuhi, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

PLKN 3.0
2 months ago

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Bakal Dijalankan Bermula Januari 2025

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...