Tiada Lagi Jualan Laksam Dan Laksa Lemak Di Gua Musang Sejak Seminggu Lalu

Kehidupan

Tiada Lagi Jualan Laksam Dan Laksa Lemak Di Gua Musang Sejak Seminggu Lalu

Peniaga laksam dan laksa lemak di daerah ini terpaksa menghentikan jualan susulan kenaikan harga santan segar yang kini mencecah RM20 sekilogram sejak minggu lalu, memetik Berita Harian.

Menurut Miswati Yah, 40, pembuat laksam dan laksa lemak, dia sudah hampir sebulan tidak berniaga kerana kesukaran mendapatkan santan dan harganya yang terlalu mahal.

Advertisement

peniaga

Katanya, sejak awal Syawal, bekalan santan semakin berkurang, memaksanya membeli kelapa dan memproses sendiri bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Harga kelapa parut pun sudah mencecah hingga RM18 sekilogram namun oleh kerana tiada pilihan untuk menyiapkan tempahan pelanggan saya terpaksa membelinya.

Saya menjual laksam dan laksa lemak dengan harga RM3.30 sebungkus ketika harga santan antara RM17 hingga RM18 sekilogram. Sekarang sudah mencecah RM20 sekilogram, kalau ingin teruskan perlu naikkan harga.

Miswati turut menjelaskan dia tidak menggunakan santan kotak kerana makanan lebih cepat rosak dan tidak tahan lama.

santan

Sementara itu, peniaga gerai makanan, Zalina Abdul Rahman, 43, memaklumkan sejak harga santan meningkat, ramai pembuat kuih mengurangkan kuantiti hidangan atau menghentikan terus penyediaan makanan berasaskan santan.

Katanya, kenaikan harga santan dan kelapa memberi kesan besar kepada peniaga kecil, hingga ada yang terpaksa menukar menu jualan kepada makanan yang tidak berasaskan santan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Buang Sampah Dalam Sungai Melaka, 'Influencer' Terima Kecaman Ramai - "Marah Tak Apa, Tapi Bukan Pada Sungai.."
8 mins ago

Buang Sampah Dalam Sungai Melaka, 'Influencer' Terima Kecaman Ramai - "Marah Tak Apa, Tapi Bukan Pada Sungai.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...