Apple dengan gembiranya telah melancarkan tiga model terbaru telefon pintar mereka, iPhone dengan senarai harga dengan perincian -perincian yang lebih menarik.

Sumber: Techcrunch
Tiga model iPhone itu ialah iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR yang mempunyai keunikan warna dengan saiz berbeza.
Ya, memang pelbagai pilihan yang wow ditawarkan, tetapi harganya juga membuat ramai terkesima dan semestiya akan menguntungkan Apple.
Tetapi ada satu aksesori penting yang tidak akan disertakan sekali dengan model terbaru iPhone ini.

Sumber: Business Insider
Aksesori yang dimaksudkan ialah, headphone dongle. Apa itu headphone dongle? Aksesori ini menjadi satu benda yang wajib ada apabila Apple membuat keputusan untuk membuang headphone jack daripada model iPhone.
Walaupun aksesori kecil ini dan mungkin mudah untuk hilang kerana saiznya itu, dongle tetap menjadi keperluan serta melengkapkan EarPods anda.
Kini anda tidak akan lagi medapatkan dogle ini secara percuma sama ada dengan model lama atau barisan model X yang terbaru. Anda perlu membeli 3.5mm Headphone Jack Adapter secara berasingan.
Sejak tahun 2016, semenjak Apple membuang jack headphone daripada model iPhone, aksesori ini disertakan sekali dengan set iPhones yang dibeli oleh pelanggan.
Apple percaya tempoh dua tahun adalah masa yang cukup untuk dunia menyesuaikan diri dengan realiti baru. Selain itu, Apple juga menghentikan jualan iPhone 6s dan iPhone SE yang merupakan model terakhir dengan reka bentuk yang masih menampilkan jack headphone.
Sumber: Business Insider & esquire