Tiada Lagi Dunkin’ Donuts, Kini Dikenali Sebagai Dunkin’

Kehidupan

Tiada Lagi Dunkin’ Donuts, Kini Dikenali Sebagai Dunkin’

Jika disebut tentang Dunkin’ Donuts pasti ramai yang akan terbayangkan seleksi pilihan donut yang disediakan di sana. Seperti nama nya sendiri, donut dari syarikat rangkaian itu antara yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Tetapi kini, mereka tidak lagi mahu dikenali dengan nama Dunkin’ Donuts seperti dahulu. Syarikat rangkaian itu memilih nama Dunkin’ sebagai nama baharu mereka. Pemilihan nama ini juga diselaraskan dengan semua cawangan mereka di Amerika Syarikat.

Advertisement

Salah satu sebab penukaran ini berlaku kerana mereka tidak mahu pelanggan hanya memfokuskan pada penjualan donut semata-mata. Ini kerana selain daripada donut, Dunkin’ turut menawarkan pilihan kopi dan sandwich untuk pelanggan mereka.

dunkin donuts
Penjenamaan semula ini sudah mula dilakukan dimana cawangan terbaru mereka juga sudah mula menggunakan nama baru Dunkin’. Tetapi jangan risau, walaupun penukaran nama berlaku anda masih dapat menikmati seleksi donut yang masih ditawarkan kepada pelanggan.

Ini mungkin salah satu cara Dunkin’ untuk membuat penjenamaan semula bagi menarik pelanggan. Perkara ini juga telah dimaklumkan secara rasmi pada laman Facebook mereka baru-baru ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...