Tiada Lagi ‘Drama’ Fesyen Pelik, Aina Abdul Mahu Fokus Nyanyian Untuk Pentas AJL36

Hiburan

Tiada Lagi ‘Drama’ Fesyen Pelik, Aina Abdul Mahu Fokus Nyanyian Untuk Pentas AJL36

Penyanyi berbakat besar, Aina Abdul memaklumkan bahawa dia akan tampl dengan sedikit kelainan pada pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) nanti.

Aina yang terkenal dengan elemen penuh ‘drama’ dari segi pemakaian busana ketika persembahan AJL berkata untuk anugerah yang akan datang ini, dia hanya mahu fokus kepada susunan muzik yang dipertandingkan iaitu Sepi dan Nafas Cinta duet bersama penyanyi Khai Bahar.

Advertisement

Sudah dua tahun saya masuk AJL fokus pada baju dan persembahan. Jadi kali ini, nak lebih fokus kepada susunan muzik dua lagu itu.

Terutama lagu Sepi, sebab ia lagu balada. Tapi baju yang akan saya pakai tetap akan mengikut jalan cerita lagu.

Dalam pada itu, Aina mengakui busana yang dipakainya pada Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung pada Jumaat lalu adalah ‘comforter’ atau toto.

Maklumnya lagi, gaya itu merupakan hasil idea penggaya fesyen, Abu Saef, Masyadi Mansoor dan Shazleen Jalal.

Jelas Aina, karya Sepi dicipta ketika dia sedang berada di atas katil dan mempunyai maksud inspirasi kebangkitan dalam penciptaan lagu tersebut.

Aina Abdul
3 years ago

"Kritikan Pun Sebenarnya Adalah Publisiti Yang Bagus" - Aina Abdul Tak Kisah Dikutuk Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...