Dalam satu langkah menyeluruh yang dimuktamadkan melalui arahan rasmi, Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan garis panduan komprehensif yang mengawal kehadiran media sosial dan penampilan profesional guru, berkuat kuasa serta-merta.
Garis panduan baharu ini secara jelas melarang guru daripada memuat naik kandungan yang “tidak sesuai” di platform media sosial, dengan sekatan khusus yang telah dinyatakan dalam pekeliling terdahulu oleh kementerian.
Larangan utama termasuk:
Kandungan berkaitan “isu 3R” – kaum, agama dan institusi diraja, ulasan atau komen berunsur politik, perkara dalaman organisasi, sebarang maklumat yang bersifat provokatif atau palsu, kandungan yang boleh mencemarkan reputasi institusi pendidikan dan antaran yang boleh menimbulkan persepsi negatif
Kementerian turut menetapkan garis panduan ketat berkaitan etika pemakaian di mana pakaian mesti kemas, sopan dan bersesuaian serta larangan khusus ke atas:
Pakaian ketat, pakaian yang menjolok mata,b ahan pakaian yang nipis atau jarang,p akaian yang menampakkan bentuk tubuh atau pakaian dalam dan akaian yang boleh “menarik perhatian yang tidak wajar”.
KPM menegaskan bahawa guru perlu menunjukkan etika profesional dan nilai moral yang baik,” kata kementerian, sambil menjelaskan bahawa peraturan ini penting untuk memelihara “maruah profesion perguruan.”
Arahan ini mewajibkan semua pegawai pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan institusi pendidikan berkaitan mematuhi garis panduan ini sepenuhnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.