Sudah sah bergelar isteri kepada Raf Yakoob, Mawar Rashid mendapat restu daripada suaminya untuk terus bergiat aktif dalam kerjaya seni.
Namun, Mawar kini akan lebih berhati-hati dalam lakonan demi menjaga batasnya sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin dan menegaskan beliau tidak akan melakonkan babak bersentuhan lagi.
Alhamdulillah, suami memberikan restu untuk teruskan kerjaya seni, tetapi saya perlu lebih berhati-hati dalam menjaga keperibadian. Insya-Allah, selepas ini saya tidak akan lagi menjayakan babak bersentuhan dalam lakonan. Suami tidak pernah meletakkan syarat itu, sebaliknya saya perlu lebih berhati-hati.
Kami setuju dengan Mawar. Sebagai seorang isteri beliau bukan sahaja harus menjaga maruah suami tetapi diri sendiri juga. Janganlah nanti, timbul pula komen negatif ataupun fitnah sekiranya Mawar melakonkan aksi bersentuhan. Semoga prinsip ini kekal.