Tiada Lagi Anak-Anak Pulang Dari Sekolah Dengan Kasut Kotor

Trending

Tiada Lagi Anak-Anak Pulang Dari Sekolah Dengan Kasut Kotor

Tiada Lagi Kasut Putih Bagi Pelajar Sekolah Mulai Tahun Hadapan

Tiada lagi kerja memberus kasut sekolah berwarna putih bagi ibu bapa apabila Kementerian Pendidikan Dr Maszlee Malik telah membenarkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah untuk memakai kasut berwarna hitam mulai sesi persekolahan tahun hadapan iaitu pada tahun 2019. Sebelum ini hanya pengawas sahaja yang dibenarkan memakai kasut hitam.

“Mulai penggal 2019 pelajar sekolah akan dibenarkan memakai kasut hitam dan tiada lagi kasut putih!”

Sumber : Bernama.com

“Ramai ibu bapa, terutamanya kaum ibu menyuarakan hal ini. Jadi kami di pihak kementerian akan membenarkan semua pelajar memakai kasut berwarna hitam mulai tahun hadapan.” Katanya ketika menjawab soalan hadirin pada program Bicara Minda Bersama Menteri Pendidikan.

Sewajarnya, kasut bewarna putih agak sukar untuk dijaga dan dibersihkan. Selepas ini, tiada lagi kerja memberus kasut sekolah berwarna putih bagi ibu bapa. Sekadar membeli ‘kiwi’ kasut hitam dan memastikan kasut anak-anak sentiasa berkilat.

Bukan itu sahaja, beliau turut komited untuk meringankan beban pelajar yang terpaksa menggalas beg berat setiap kali ke sekolah.

“Antara pembaharuan lain yang akan kami lakukan adalah memastikan meringankan beg sekolah para pelajar, menambah baik kurikulum sekolah agar lepasan sekolah kebangsaan bertaraf antarabangsa, dan mengembalikan profesion guru kepada guru, bermaksud tidak membebankan mereka dengan kerja selain mengajar.” katanya lagi.

Advertisement

Peraturan ini merupakan antara pembaharuan yang dilakukan oleh kementerian bagi memastikan sekolah kebangsaan kembali menjadi pilihan utama ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk menuntut ilmu.

Sumber : Oh Sempoi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...