Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tiada Kontrak Larang Saya Untuk Hamil, Cuma Belum Ada Rezeki – Amyra Rosli

Masih lagi diasak dengan soalan tentang kehamilannya meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga, Amyra Rosli menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beliau tidak boleh hamil kerana terikat dengan kontrak iklan ataupun tawaran lakonan.

Advertisement

Jelas Amyra beliau dan Amar cuma belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Semua iklan yang saya tandatangani setakat ini tidak menghalang saya untuk hamil. Jadi tiada masalah pun dari segi itu, cuma mungkin belum ada rezeki lagi (untuk hamil). Setakat ini belum ada berita gembira yang boleh dikongsi dengan semua.

Walaubagaimanapun, menurut Amar beliau menerima banyak rezeki untuk berlakon dengan Amyra selepas mereka berkahwin.

Alhamdulillah, rezeki kami lebih banyak dari segi tawaran berlakon bersama, setakat ini jadual sudah penuh sehingga lepas Hari Raya Aidilfitri. Pada awalnya kami memang berniat untuk kurangkan bergandingan bersama, tapi nak buat macam mana, kami tidak boleh nak tolak rezeki ini.

Itulah kata orang, rezeki ini datang dengan pelbagai cara, mungkin Amyra masih belum mempunyai rezeki untuk hamil tetapi menerima tawaran lakonan yang agak banyak bersama suami tercinta. Apa-apa pun, kami mendoakan kebahagiaan rumah tangga Amyra dan Amar serta satu hari nanti adalah khabar gembira buat mereka.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top