“Tiada Kompromi Kalau Hal Berkaitan Disiplin” – Azwan Ali Digugur Dari Mengacara MIC ON! Serta Merta

Hiburan

“Tiada Kompromi Kalau Hal Berkaitan Disiplin” – Azwan Ali Digugur Dari Mengacara MIC ON! Serta Merta

Hari ini, pihak pengurusan Awesome TV telah mengambil keputusan secara mengejut dengan mengugurkan pengacara Azwan Ali dari mengacara program realiti MIC ON! serta merta.

Susulan itu, pentas utama rancangan tersebut akan diteruskan dengan seorang sahaja pengacara sedia ada iaitu Issey Fazlisham.

Advertisement

Melalui laporan Utusan, keputusan ini dibuat atas beberapa faktor utama untuk memastikan keharmonian penerbitan keseluruhan program MIC ON! untuk musim ini berjalan dengan lancar serta menghormati pihak yang terlibat.

Pihak Awesome TV tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian.

Sekadar info, MIC ON! yang bersiaran pada setiap hari Jumaat di saluran Awesome TV dan MyTV merupakan program realiti berkonsep pertandingan nyanyian komedi terbitan Awesome TV yang turut menampilkan tiga selebriti hebat iaitu Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan juga Mas Idayu sebagai juri tetap.

azwan ali masuk hospital
2 years ago

"Bergurau Hal Mati, Tak Dididik Ke?" - Diva AA Terasa Baca Komen, Minta Netizen Berbudi Pekerti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...