Hari ini, pihak pengurusan Awesome TV telah mengambil keputusan secara mengejut dengan mengugurkan pengacara Azwan Ali dari mengacara program realiti MIC ON! serta merta.
Susulan itu, pentas utama rancangan tersebut akan diteruskan dengan seorang sahaja pengacara sedia ada iaitu Issey Fazlisham.
View this post on Instagram
Melalui laporan Utusan, keputusan ini dibuat atas beberapa faktor utama untuk memastikan keharmonian penerbitan keseluruhan program MIC ON! untuk musim ini berjalan dengan lancar serta menghormati pihak yang terlibat.
Pihak Awesome TV tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian.
Sekadar info, MIC ON! yang bersiaran pada setiap hari Jumaat di saluran Awesome TV dan MyTV merupakan program realiti berkonsep pertandingan nyanyian komedi terbitan Awesome TV yang turut menampilkan tiga selebriti hebat iaitu Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan juga Mas Idayu sebagai juri tetap.