“Tiada Kompaun RM 10,000, Pengemis Hanya Disiasat”-Ketua Polis Lahad Datu

Kehidupan

“Tiada Kompaun RM 10,000, Pengemis Hanya Disiasat”-Ketua Polis Lahad Datu

Arahan terkini yang dikuatkuasakan oleh kerajaan ialah mana-mana individu yang telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) boleh dikenakan denda RM 10,000.

Namun, menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, sembilan wanita pengemis Palauh yang ditahan Sabtu lalu tidak dikenakan kompaun RM 10,000 sebaliknya hanya sisatan dilakukan, lapor Awani.

Advertisement

“Tiada kompaun dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu kepada sembilan wanita Palauh sehingga kini” 

Kertas siasatan dibuka berhubung tangkapan terhadap sekumpulan wanita Palauh pada Sabtu lalu.

Selepas melengkapkan siasatan, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Lahad Datu akan merujuk kertas siasatan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, sekumpulan wanita ditahan ketika mengemis dengan tidak memakai pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan sosial sewaktu Ops Covid-19 dilakukan di kawasan bandar Lahad Datu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...