“Tiada Kesan Lebam Atau Penderaan Pada Tubuh Zara Qairina” – Dr Janefer Voo

Berita

“Tiada Kesan Lebam Atau Penderaan Pada Tubuh Zara Qairina” – Dr Janefer Voo

Hari keempat inkues kematian Zara Qairina Mahathir hari ini menyaksikan saksi, Dr Janefer Voo, 32, memberikan kenyataannya berhubung kes berkenaan, memetik Berita Harian.

Menurut Dr Voo, yang juga pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE), pada 16 Julai jam 4.38 pagi, beliau menerima Zara dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Advertisement

Antara kecederaan yang dialami mangsa termasuklah bengkak dan pendarahan di bahagian belakang kepala, patah tertutup pada pergelangan tangan kiri, patah terbuka pada pergelangan kaki kiri serta patah tertutup pada pergelangan kaki kanan.

zara qairinaSumber : Khairul Amri Hassan  

Selepas pemeriksaan, “Trauma Alert” diaktifkan di Jabatan Kecemasan HQE pada jam 4.42 pagi bagi rujukan segera kepada pasukan Neurosurgeri, Ortopedik, Pembedahan dan Anestesiologi. Dr Voo menegaskan, “Tiada kesan lebam atau tanda penderaan pada tubuh pesakit ketika Allahyarhamah tiba di hospital.”

Berdasarkan penilaian saya, pesakit disyaki mengalami kecederaan otak trauma yang serius, kecederaan di bahagian belakang kepala, patah pada kedua-dua pergelangan kaki serta pergelangan tangan kiri, selain disyaki mengalami pendarahan dalaman.

Dr Voo menambah, “Disebabkan tekanan darah pesakit yang terlalu rendah, beliau disyaki mengalami kecederaan dalaman akibat trauma ‘impak tinggi’ pada badan yang menyebabkan pendarahan dalaman.

Pegawai penyelaras, Datuk Badiuszaman Ahmad, kemudian meminta Dr Voo menandatangani kenyataan saksinya.

Menurut Dr Voo, selepas proses resusitasi dan pengimejan dijalankan, pesakit didapati mengalami pendarahan dalam otak, patah terbuka pada pergelangan kaki kiri dan tumit kiri, patah tertutup pada lengan kiri dan kaki kanan, patah tulang lumbar vertebrae 2, 3 dan 4, serta pembekuan darah pada tulang pelvis dan otot psoas kiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

arwah zara bekas pengetua
2025-09-08 13:14:35

Inkues Zara Qairina: Tulisan Tangan Orang Lain Ditemui Dalam Buku Milik Arwah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...