Tiada Kes Terbaru Positif COVID-19 Dicatatkan Di Sarawak Selama Tujuh Hari Berturut-Turut

COVID-19

Tiada Kes Terbaru Positif COVID-19 Dicatatkan Di Sarawak Selama Tujuh Hari Berturut-Turut

Sarawak semakin menampakkan perubahan yang baik apabila berjaya mengekalkan tujuh hari berturut-turut tanpa sebarang kes terbaru positif COVID-19. Sarawak tidak mencatatkan sebarang kes terbaru sejak Isnin lalu dan menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal sebanyak 571 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memberitahu dalam laporan terbaru semalam, terdapat satu kes dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan keluar dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

Advertisement

Jumlah kumulatif bagi kes yang telah sembuh dan discaj setakat ini adalah 546 orang atau 95.62 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, jumlah kes kematian melibatkan pesakit COVID-19 di negeri itu kekal sebanyak 17 kes kematian.

JPBN turut memaklumkan pertukaran status daerah Bintulu daripada zon kuning kepada zon hijau.

Daripada kenyataan yang dikeluarkan itu, setakat ini dua daerah sahaja yang masih berstatus kuning iaitu Kuching dan Sibu, manakala 38 daerah lagi sudah berada dalam status hijau. Bagi kes individu dalam siasatan (PUI) pula, sebanyak enam kes baru dilaporkan dengan lima kes masih menunggu keputusan ujian makmal.

Sarawak sebelum ini melaporkan beberapa kawasan sebagai zon merah pada bulan Mei yang lalu. Dua kawasan yang dikategorikan zon merah sebelum ini iaitu di Kuching dan Kota Samarahan yang pernah mencatatkan peningkatan kes aktif COVID-19.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...