Tiada Kes Baru COVID-19, Terengganu Kini Dikategorikan Zon Hijau

COVID-19

Tiada Kes Baru COVID-19, Terengganu Kini Dikategorikan Zon Hijau

Terengganu kini telah dikategorikan sebagai negeri zon hijau setelah dilaporkan bebas daripada wabak COVID-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, berkata ini berikutan perkembangan semasa dimana pesakit terakhir positif COVID-19 di Terengganu sudah pun discaj dari hospital pada hari Rabu lalu.

Advertisement
Pesakit yang berumur 35 tahun dari Kemaman itu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang pada 20 Mei lalu setelah dikesan positif COVID-19.

“Saya berharap penduduk Terengganu terus mengamalkan kebersihan seperti saranan Kementerian Kesihatan dengan kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial.”

Dia turut menasihatkan, bagi urusan harian seperti sektor perniagaan, amalan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kementerian perlu sentiasa dipatuhi seperti mengambil butiran pelanggan, memeriksa suhu badan dan menyediakan cecair pembasmi kuman di premis masing-masing.

Untuk rekod, Terengganu sebelum ini mencatat 111 kes COVID-19 dengan satu kematian.

Daripada keseluruhan angka itu, Dungun merekodkan kes tertinggi dengan 38 kes dan Hulu Terengganu merupakan satu-satunya daerah yang sifar kes COVID-19 di negeri ini.

Advertisement

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...