Tiada Keperluan Hukuman Mat* Buat Pemandu Mabuk, Ini Penjelasan Menteri Pengangkutan

Berita

Tiada Keperluan Hukuman Mat* Buat Pemandu Mabuk, Ini Penjelasan Menteri Pengangkutan

Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan bagi kes memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, memetik Utusan Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook menegaskan bahawa langkah tersebut tidak wajar dipertimbangkan, selaras dengan keputusan kerajaan sebelum ini yang telah memansuhkan hukuman mati mandatori.

Advertisement

“Jadi ini bukan sesuatu yang sedang kita pertimbangkan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program keselamatan jalan raya di Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Menurut beliau, undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap pesalah yang memandu dalam keadaan mabuk, termasuk mendakwa mereka atas kesalahan lebih berat sekiranya melibatkan kematian.

“Ini termasuk mendakwa mereka atas kesalahan membunuh sekiranya perbuatan itu menyebabkan kematian. Sudah ada undang-undang sedia ada untuk menangani pemandu mabuk,” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, kementerian kini sedang menggubal pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mewajibkan pesalah membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

“Langkah itu bertujuan meringankan beban keluarga yang ketika ini perlu melalui proses tindakan sivil yang rumit, memakan masa dan melibatkan kos tinggi untuk mendapatkan pampasan. Dengan cara ini, keluarga tidak perlu melalui proses sivil yang berasingan untuk mendapatkan pampasan,” ujarnya.

Pindaan tersebut dijangka akan dibentangkan dalam sidang Parlimen pada Jun depan.

Ketika ini, Seksyen 44 akta berkenaan memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda RM50,000 hingga RM100,000 bagi kesalahan menyebabkan kematian ketika memandu di bawah pengaruh, manakala pesalah berulang boleh dikenakan hukuman lebih berat.

Pada masa sama, kementerian menegaskan bahawa tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh bahan terlarang sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hahf
2026-04-13 10:39:34

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Dibawa Ke Mahkamah Untuk Proses Reman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...