Minggu lalu, hangat lagi dengan kontroversi seorang pendakwah bebas dimana isterinya telah tampil membuat pendedahan mengejutkan tentang sikap suaminya yang kerap menghantar mesej tidak senonoh dan juga video mengghairahkan kepada wanita lain.
Pelbagai spekulasi timbul dan nama seorang peserta rancangan realiti dakwah iaitu Da’i Hijrah atau nama sebenarnya Muhammad ‘Asri Hijrah Bin Damni telah menjadi bualan ramai. Menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila pendakwah itu bertindak untuk menyepikan diri dan menutup kesemua akaun media sosialnya.
Dihimpit dengan pelbagai persoalan selain ada pihak yang mempertikaikan tindakannya mendedahkan masalah rumah tangga kepada umum, isteri Da’i Hijrah, Zaidah Ismail tampil memberi penjelasan mengenai suaminya yang berlaku curang.
Zaidah atau lebih mesra dengan panggilan Aida menjelaskan rahsia yang disimpan selama empat tahun itu didedahkan bukan bertujuan untuk memfitnah mahupun mengaibkan suaminya.
Tiada kepentingan untuk memfitnah
Harap suami bertaubat
Meskipun dihimpit kontroversi, pendakwah bebas itu sehingga saat ini masih lagi mengunci mulut dan enggan memberi komen lanjut tentang dakwaan isterinya itu.

Anonymous
December 26, 2019 at 10:10 am
Sangat setuju…Pihak mahkamah syariah tidak berpihak pada belah perempuan.Saya turut alami…
yu
December 25, 2019 at 5:41 am
Sistem mahkamah syariah tidak memihak kepada wanita terutamanya dalam kes2 gantung tak bertali dan suami lafaz cerai diluar mahkamah. Jika suami tidak hadir, tidak ada penguatkuasaan untuk memaksa suami hadir ke mahkamah. Saya sendiri mengambil masa 3 tahun untuk selesaikan kes cerai luar mahmah saya hanya kerana bekas suami tidak hadir. Sewaktu beberapa kali ke mahkamah utk selesaikan kes, ada beberapa wanita yang senasib dengan saya.. lebih malang ada yang terpaksa travel jauh , tinggalkan anak2 dan ambil cuti kerja hanya untuk uruskan kes tetapi suami tidak hadir dan mahkamah menangguhkan. Setelah 3 kali suami tidak hadir, mahkamah arahkan agar wanita membuat tuntutan fasakh yang mengambil masa yang lebih lama dan perlu kemukakan saksi2. Betapa berat dugaan wanita yang tidak diceraikan dengan baik. Semoga kaum lelaki yang membaca tulisan saya ini jadi lebih gentleman dan lepaskan isteri anda dengan cara yang baik dan terhormat di dalam mahkamah.
Anonymous
December 24, 2019 at 9:02 am
Memang kena panggil suami untuk mengesahkan lafaz tersebut. Sebab dia yg lafazkan. Takkanla mahkamah nak putuskan sebelah pihak. Kalau dia x hadir, mintakla adik tu mohon cerai cara lain.