Penyanyi Stacy Anam menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa lagu terbaharunya yang berjudul ‘Menyala’ dibuat khas bagi menyindir individu tertentu.
Difahamkan, ada pihak berpendapat bahawa lagu itu mempunyai kaitan dengan pengunduran Stacy daripada konsert A Night With Sumandak Star pada November lalu.
Jelas Stacy, lagu itu sebenarnya sudah lama dirakam setelah dia selesai menjayakan program The Hardest Singing Show sekitar Julai lalu.
Jadi memang tiada kena-mengena dengan apa yang berlaku sekarang. Terpulang kepada fahaman mereka sendiri untuk mentafsirnya.
Jika itu yang mereka ingin lihat pergerakan cerita sebegitu, terpulang kerana ini kan industri hiburan.
Tambah isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini lagi, dia memang sejak dari awal sudah terbiasa menyuntik budaya dari negeri Sabah dalam karyanya.
Sejak dahulu lagi saya sudah memasukkan elemen Sabah dalam lagu. Bukan sekarang baru baru saya melakukannya. Sekiranya boleh diingatkan semula sejak dahulu lagi saya sudah memasukkan lirik lagu kenapa bah kau berubah dalam lagu Pakai Buang.
Bukankah bah itu dialek orang Sabah jika mereka bertutur. Begitu juga dengan lagu Kasanova di mana pula saya masukkan elemen tarian Sumazau dalam lagu itu. Jadi seperti saya katakan tadi, saya memang sudah lama mengetengahkan budaya Sabah dalam lagu.
Terdahulu, Stacy memberitahu punca dia menarik diri daripada konsert itu adalah kerana syarat-syarat yang tidak dipenuhi pihak penganjur konsert selain ingin menjaga reputasi kariernya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.