Tiada Kek Mewah, Wawa Zainal Rai Ulang Tahun Kelahiran Aeril Zafrel Dengan Sebiji Burger

Hiburan

Tiada Kek Mewah, Wawa Zainal Rai Ulang Tahun Kelahiran Aeril Zafrel Dengan Sebiji Burger

Sebut sahaja nama pasangan selebriti popular Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal, pasti ramai dalam kalangan peminat mereka seakan teruja setiap dengan perkongsian indah yang sering dikongsikan mereka di laman Instagram.

Advertisement

Bahkan, apa sahaja yang ditonjolkan mereka pasti mendapat perhatian netizen.

Terbaharu, menerusi laman Instagram miliknya, Aeril tampil berkongsi sebuah video memaparkan gelagat Wawa melakukan kejutan dengan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya dengan membawa sebiji burger.

Katanya, beliau kini telah berusia 32 tahun itu amat bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas oleh Allah SWT.

Selain menitip kata syukur, beliau juga tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih buat isterinya yang tampil mengingati tarikh penuh makna itu dengan membuat kejutan kepadanya biarpun sudah larut malam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dilihat tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir buat pelakon tersebut.

Malah mereka juga turut memuji pasangan ini kerana amat bahagia dan bebas daripada sebarang kontroversi yang membabitkan soal rumah tangga.

Tidak terlepas, peminat pasangan ini juga tetap mendoakan yang terbaik agar hubungan perkahwinan mereka terus berkekalan hingga ke syurga.

Sekadar informasi, Aeril dan Wawa telah sah bergelar suami isteri pada 25 Februari 2012. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...