“Tiada Katil & Aircond”- Individu Rakyat Malaysia Luah Rasa Terkejut Harga Bilik Sewa ‘Kosong’ Di Singapura Naik Hingga RM2K

Kehidupan

“Tiada Katil & Aircond”- Individu Rakyat Malaysia Luah Rasa Terkejut Harga Bilik Sewa ‘Kosong’ Di Singapura Naik Hingga RM2K

Melalui satu hantaran di Facebook baru-baru ini, tular perkongsiaan seorang rakyat Malaysia meluahkan rasa terkejut apabila sewa sebuah bilik di Singapura dinaikkan dengan sangat ketara.

Bilik tiada katil, sangat kecil

Difahamkan dari laporan MS News, keluhan individu itu diserta dengan gambar bilik yang tiada katil dan hanya dilengkapi dengan tilam sahaja.

Advertisement

Individu identiti yang tidak didedahkan itu berasa terkejut apabila harga sewa melonjak daripada S$500 kepada S$650 sebulan (RM2,300).

Bilik sewa singapura

Penyewa pasrah, terima seadanya

Biarpun harga sewa dinaikan secara mendadak, penyewa itu pasrah dan terima seadanya sambil menyatakan “ini adalah satu-satunya cara untuk bekerja keras di bandar ini di mana setiap inci tanah adalah seperti emas.”

Sekadar info, bilik berkenaan tidak mempunyai kemudahan asas seperti rangka katil atau penghawa dingin dan hanya dihiasi dengan cadar dinasour serta permaidani Mickey Mouse.

pensyarah jadi tukang cuci
11 months ago

Dulu Kerja Pensyarah IPTS Gaji Bawah RM2K, Kini Lelaki Ini Jadi 'Cleaner' Di Singapura Dapat Gaji RM10K!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : MS News

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...