Tiada Kata Sepakat Antara Sony Dan Disney, Spiderman Bakal Tinggalkan Marvel Cinematic Universe

Trending

Tiada Kata Sepakat Antara Sony Dan Disney, Spiderman Bakal Tinggalkan Marvel Cinematic Universe

Berita yang sangat mengejutkan untuk peminat Spiderman apabila dilaporkan Sony tidak akan meneruskan perjanjian kerjasama dengan Marvel lagi. Melalui perjanjian diantara Sony dan Marvel sebelum ini, Spider-man dibenarkan untuk muncul dalam Marvel Cinematic Universe dan selepas ini ianya mungkin akan berakhir.

“Disney dan Sony dikhabarkan mencari penyelesaian kepada perjanjian mereka kerana Disney meminta keuntungan sama rata 50-50 untuk filem Spider-man akan datang.”

Namun, Sony bertegas untuk berpegang kepada perjanjian asal sebagai pemegang hak cipta untuk Spider-man. Sudah semestinya Sony tidak akan memberikan separuh daripada keuntungan itu kepada Marvel kerana itu satu-satunya francais yang paling menguntungkan buat Sony.

Advertisement

via GIPHY

Sony sedang di dalam proses menghasilkan dua filem baru Spider-man bersama Tom Holland dan jika tiada sebarang kata sepakat boleh dicapai, apa-apa berkaitan Marvel tidak boleh muncul lagi di dalam filem mereka.

Disney sebelum ini menggunakan watak Spider-man untuk muncul dalam filem Marvel dan hubungannya dengan Tony Stark antara komponen yang penting. Jadi selepas ini adakah Peter Parker terpaksa berpura-pura tiada kaitan dengan Tony Stark?

Setakat ini tiada apa-apa komen dari Sony dan Marvel dikeluarkan. Tetapi nampaknya berita ini telah membangkitkan kemarahan peminat-peminat Spider-man dan hashtag #SaveSpiderMan juga tular di laman Twitter.

screenshot twitter

Jika tiada kata sepakat, Disney pastinya berhadapan dengan masalah besar kerana di dalam Spider-man: Far From Home, Peter Parker dilihat sebagai watak yang akan menggantikan Tony Stark. Dan ini sudah tentu akan mengganggu rancangan mereka untuk MCU Phase 4. Harapnya mereka dapat meyelesaikan konflik ini secepat mungkin.

Sumber: The Verge

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...