Tiada Kajian Membuktikan Ubah Suai Ekzos Boleh Meningkatkan Kelajuan Motosikal

Automotif

Tiada Kajian Membuktikan Ubah Suai Ekzos Boleh Meningkatkan Kelajuan Motosikal

Sejak akhir-akhir ini, ramai individu yang telah mengubahsuai ekzos standard kepada ekzos yang boleh mengeluarkan bunyi bising atau lebih dikenali sebagai ekzos ‘perang’. Ada yang memberi alasan dengan menggunakan ekzos perang, maka tahap kelajuan motosikal dapat dipertingkat.

Hakikatnya, penggunaan ekzos seperti itu tidak mampu untuk meningkatkan kelajuan motosikal. Menurut bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid, tiada kajian yang membuktikan pengubahsuaiannya mampu meningkatkan kelajuan motosikal.

Advertisement

“Sebenarnya modifikasi enjin seperti karburetor dan komponen lain sahaja yang boleh menambah kelajuan, bukan ekzos”

Tambahnya dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan dan Penguatkuasaan (Trafik JSPT) Bukit Aman, penggunaan ekzos yang telah diubahsuai boleh dihadkan untuk tujuan perlumbaan sahaja dan bukan untuk di jalan raya.

Sehubungan itu, pihak JSPT turut berbincang bersama agensi lain tentang penjualan ekzos ‘perang’ kepada orang awam.

Ini merupakan luar bidang kuasa JSPT, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkuasa mengambil tindakan ke atas kedai yang menjual peralatan ekzos yang diubahsuai.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...