Tiada Jodoh, Tiz Zaqyah Akui Sudah Kembali Solo Beberapa Bulan Lalu

Hiburan

Tiada Jodoh, Tiz Zaqyah Akui Sudah Kembali Solo Beberapa Bulan Lalu

Kita kalau bercinta, kalau boleh biarlah kekal sehingga ke jinjang pelamin. Tapi apakan daya jikalau jodoh tiada dan ‘selamanya’ itu hanyalah angan-angan. Sama seperti pelakon Tiz Zaqyah yang mengakui sudah kembali solo sejak beberapa bulan lalu.

tiz zaqyah putus cinta lagi

Advertisement

Rasanya ramai pengikutnya mengetahui bahawa pelakon wanita ini tidak segan untuk menayang kisah cintanya di laman Instagram. Dia kerap memuat naik gambar bekas kekasihnya iaitu Syed Hafiz sejak mula bercinta pada Disember tahun lalu.

Tidak mahu menyorokkannya, wanita berusia 31 tahun itu meluahkan bahawa dia kini lebih selesa hidup solo selepas merasai beban terpaksa menjaga hati pihak di sana sepanjang mereka berkasih.

tiz zaqyah putus cinta lagi

Tiz juga menceritakan bahawa tiada persefahaman merupakan punca hubungan cinta dia dan bekas teman lelakinya itu putus di tengah jalan.

Siapa yang tidak sedih apabila putus cinta, tetapi saya anggap kami tiada jodoh untuk berkahwin.  Buat apa saya nak bertahan jika hubungan percintaan itu tidak boleh diteruskan.

Meskipun sudah beberapa kali kecundang dalam percintaan antaranya bersama pelakon Remy Ishak dan bekas rakan sekolahnya iaitu Daniel Haziq tetapi wanita ini masih tidak serik lagi untuk berkenalan dengan orang lain.

tiz zaqyah putus cinta lagi

Tetapi buat masa ini, Tiz lebih senang fokus kepada kerjaya seninya selepas lama berehat daripada berlakon.

Biasalah apabila putus cinta, lebih baik berpisah semasa bercinta daripada ketika sudah berkahwin.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...