Benarlah kata pepatah; rezeki, ajal dan jodoh semuanya ditentukan Tuhan. Kita manusia ni hanya boleh berusaha namun ketentuannya adalah dari Allah jua. Begitulah yang terjadi dalam kes Fiza Elite ini.
Biarpun segala persiapan dan persediaan untuk majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung Jun lalu telah diatur, tetapi akhirnya terpaksa akur dengan takdir dirinya. Kata Fiza Elite kepada Utusan Malaysia:-
Saya akui sangat kecewa kerana banyak persiapan sudah dibuat. Sepatutnya saya menjadi seorang isteri semula pada Ramadan kali ini, tetapi tidak berlaku.
Ketika ditanya siapakah gerangan lelaki tersebut, Fiza mengatakan:-
Siapa dia, tidak perlulah saya beritahu kerana perkahwinan itu tidak menjadi pun. Bila tidak jadi berkahwin, saya sudah reda. Sebagai insan, kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. Mungkin akan datang jodoh baru, saya terima apa saja daripada Yang Maha Esa.
Errm.. Berat juga dugaan untuk Fiza pada bulan Ramadhan kali ni. Semoga Fiza tabah dan meneruskan kehidupan yang mendatang seperti biasa. Mawar Putih percaya masih ada ramai lelaki di luar sana yang jujur, baik hati, penyayang dan sedang mencari pasangannya. Manalah tahukan….Insyallah..kalau ada jodoh tidak ke mana tu.