Tiada Jaminan Selamat, Nabila Huda Tak Setuju Penggambaran Dibenarkan

Hiburan

Tiada Jaminan Selamat, Nabila Huda Tak Setuju Penggambaran Dibenarkan

Meskipun akui rindu untuk beraksi semula dalam bidang lakonan, pelakon Nabila Huda tampil menyuarakan pendapatnya berkenaan soal keselamatan malah seakan tidak bersetuju dengan keputusan membenarkan penggambaran dijalankan semula susulan wabak COVID-19 yang melanda Malaysia.

nabila huda

Advertisement

Nabila atau lebih mesra disapa Abil mempersoalkan mengapa perkara ini boleh berlaku. Beliau turut menyatakan perkara itu seperti tidak logik kerana bidang tersebut melibatkan ramai orang bekerja dalam satu masa.

nabila huda

Hal ini kerana, dirinya bimbang akan keselamatan semua pihak malah turut menyatakan bagaimana penjarakan sosial boleh diterapkan andai ia melibatkan banyak sentuhan sesama manusia bermula dari solekan sehingga babak dalam lakonan.

nabila huda

Bagaimanapun, Abil turut bimbang andai krew dan pelakon dijangkiti wabak tersebut semasa berada di lokasi penggambaran.

nabila huda

nabila huda

“What if kite di jangkiti during shooting, and then kite taktau, skali terkena the whole family at home, production boleh tanggung kos perubatan to the whole family.”

Abil juga tegas mempertahankan pendapatannya kerana segala perkara yang berlaku ini melibatkan soal nyawa malah tidak menafikan pelbagai persoalan bermain di fikiran selepas terbaca kenyataan berikutan hal berkenaan.

nabila huda

“There’s millions of question bermain dalam fikiran bila saya ter baca pasala statement nak kena start penggambaran ni.. macam2 dalam fikiran.”

nabila huda

Mengakhiri perkongsiannya di laman Twitter, Abil bertindak memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan pendapatnya, malah tetap menyeru orang ramai supaya tabah mengharungi segala ujuan yang berlaku.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan kebenaran meneruskan aktiviti seni telah diluluskan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Namun, penggiat seni digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan dan tidak mengabaikan saranan kerajaan itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...