‘Tiada Isu Suami ‘Dimadukan’, Cuma Kes Wanita Bersekedudukan Dengan bekas Suami’ – JHEAIK

Kehidupan

‘Tiada Isu Suami ‘Dimadukan’, Cuma Kes Wanita Bersekedudukan Dengan bekas Suami’ – JHEAIK

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menegaskan bahawa tiada kes wanita berkahwin dua seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin, yang sebelum ini mencetuskan kekeliruan dan rasa tidak senang dalam kalangan umat Islam di negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Dr Abd. Ghani Zainuddin, memaklumkan bahawa isu poligami tidak timbul kerana perkahwinan pertama wanita tersebut sudah terbubar secara rasmi sebelum dia berkahwin kali kedua.

Advertisement

“Saya Tidak Akan Tarik Report!” – Suami ‘Dimadukan’ Dakwa Isteri & ‘Suami Pertama’ Tipu Duit Ramai Orang

Namun, perkara yang menjadi perhatian pihak berkuasa ialah tindakan wanita berkenaan yang masih tinggal sebumbung dengan bekas suami tanpa ikatan pernikahan, selepas perceraian berlaku.

Namun begitu, isu yang menjadi perhatian adalah tindakan wanita tersebut masih tinggal sebumbung dengan bekas suami tanpa ikatan pernikahan yang sah selepas berlakunya perceraian itu.

Menurut Abd. Ghani, JHEAIK kini menjalankan siasatan terhadap wanita tersebut serta dua lelaki yang dikaitkan dengannya melibatkan tiga kesalahan syariah negeri Kedah.

suami dimadukan isteri

Siasatan turut dijalankan ke atas dua lelaki yang dikaitkan dengan wanita berkenaan. Siasatan awal mendapati wanita berkenaan sudah bercerai, namun masih menjalinkan hubungan dengan bekas suaminya itu. Tidak timbul isu kahwin dua dalam hal ini.

Wanita berkenaan kini disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang syariah.

Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang lelaki mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan setelah wanita yang dikahwininya rupa-rupanya didakwa masih bergelar isteri orang dakwaan yang kini terbukti tidak tepat berdasarkan siasatan awal JHEAIK.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil mengikut undang-undang syariah. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-14 11:53:21

"Saya Tidak Akan Tarik Report!" - Suami 'Dimadukan' Dakwa Isteri & ‘Suami Pertama’ Tipu Duit Ramai Orang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...