Tiada Istilah Tiru Rekaan, Rekaan Dibeli Di Pasaran Terbuka – Asyalliee

Trending

Tiada Istilah Tiru Rekaan, Rekaan Dibeli Di Pasaran Terbuka – Asyalliee

Semalam, kisah Instafamous Asyallie mengeluarkan produk yang didakwa diciplak rekaannya dari beberapa orang pereka telah menjadi viral.
AcaliAN
Jika pemilik @SyasyaHabib mendakwa rekaan tersebut mempunyai persamaan dengan rekaan pereka-pereka lain secara kebetulan dan dikeluarkan sebagai Koleksi Raya mereka kerana ‘suratan takdir’, Asyalliee telah mengeluarkan kenyataan terbaru di Instagramnya bahawa pendedahan oleh syarikat tersebut (Leeyana Rahman) bersifat ingin menjatuhkan perniagaannya. Berikut ialah kenyataan @asyalliee.by.shasyahabib:

Advertisement

“Salam semua. Kami di pihak @asyalliee.by.shasyahabib begitu terkilan dengan sebuah jenama fesyen yang memburukkan reputasi jenama kami di mata umum. Selama ini kami berdiam diri namun nampaknya sekali lagi kami terpaksa tampil kerana terlalu banyak provokasi yang dilakukan termasuk menggunakan akaun palsu untuk mengeruhkan keadaan. Setelah banyak serangan di media sosial, kami menelefon pemilik kepada jenama tersebut dan ingin mencari solusi tetapi ditolak sebanyak enam kali.

Sebenarnya tiada isu siapa tiru siapa ataupun isu palsu kerana kami mengeluarkan label di bawah jenama kami sendiri. Untuk makluman, sesuatu produk itu boleh dipanggil sebagai palsu hanya apabila ia mengeluarkan koleksi yang sama menggunakan label jenama yang sama. Namun berbeza di sini kerana kami juga mengeluarkan koleksi yang original kerana secara terang menggunakan label Asyalliee by Shasya Habib.

Industri fesyen ini sangatlah kerdil dan tidak mungkin kami boleh mengeluarkan rekaan-rekaan itu sekiranya mereka mempunyai hak eksklusif terhadap fabrik/rekaan mahupun jahitan. Persoalannya di sini hanyalah berkaitan masa (garis masa), iaitu kami tidak keluarkan awal.

Bila stok itu sampai, baru kami dapat buat penggambaran koleksi terbaru ini di saat-saat isu sudah mula viral. Hanya kerana kami keluar lewat tidak bermaksud keluaran kami adalah yang tidak asli. Cuba bayangkan jika kami keluarkan lebih awal, adakah sebaliknya akan berlaku? Apa pun, di bulan yang mulia ini, kami hanya ingin berniaga secara aman dan ikhlas.

Mungkin ada pihak cuba untuk menjatuhkan jenama kami dengan cara yang sebegini tetapi ingatlah Allah tetap ada. Allah tidak mungkin memakbulkan doa-doa yang tidak baik. Kami menjaga kata-kata dan tidak ingin mengaibkan sesiapa yang terlibat. Rezeki Allah dah tetapkan masing-masing untuk kita semua. Semoga apa yang terjadi ini menjadi hikmah terbesar dalam hidup kami.

acaentri

Apapun kami yakin pelanggan sudah mampu untuk menilai produk kami dengan kualiti yang terbaik pada harga yang MAMPU MILIK. Kualiti kain dan jahitan yang kami tawarkan sememangnya tiada tandingan pada harga yang cukup-cukup berpatutan. Semoga dengan penjelasan ini dapat menjernihkan kembali keadaan dan redha dengan rezeki yang Allah bagi.”

Asyallie turut memuat naik beberapa keping gambar mendakwa rekaan-rekaan tersebut dibeli dari pasaran terbuka dan bukan milik sesiapa, jadi ia bebas dikeluarkan oleh pihaknya. Malah, Asyalliee mendakwa walaupun ia rekaan terbuka, sekurang-kurangnya pihaknya mengenakan harga mampu-milik berbanding syarikat lain yang menindas pengguna dengan mengenakan harga mengambil keuntungan sebanyak 300 peratus.

“Kepada anda di luar sana yang tidak mengetahui keadaan dan situasi yang sebenar, tolong jangat terlalu cepat buat kesimpulan. Bukan hak kita untuk menentukan halal haram dan rezeki orang. Lagipun kami beli rekaan itu dari PASARAN TERBUKA, rekaan itu bukan hak milik siapa-siapa dan bagi kami langsung tiada masalah asalkan berniaga secara halal. Kami pun keluarkan modal untuk keluarkan baju-baju itu.

Kami akan kuat dan berusaha untuk memberi hanya yang terbaik dan semoga semua orang dapat bergaya di hari raya memiliki koleksi kami pada harga yang sangat berbaloi kerana KOS kami mengeluarkan baju itu SAMA sahaja dengan jenama lain cuma kami tidak MENINDAS rakyat dengan menjual pada keuntungan 300% seperti mereka.

Kalau nak tengok identiti kami, tengok pada rekaan tudung-tudung kami, setakat ni memang EKSKLUSIF dan tiada siapa boleh tiru sebab kami pemilik sebenar karya seni itu. Maksudnya kami ada SALINAN INDUK.

Tapi kalau pun di masa hadapan ada yang tiru rekaan kami, kami langsung tidak akan jadi keanak-anakan and serang mereka.  lnsha-Allah kami sudah bersedia akan menyelesaikannya secara profesional. Profesional maknanya apa? Maksudnya di MAHKAMAH bukan di MEDIA SOSIAL.

Mereka yang memprovokasi kami dulu dan cari publisiti murahan. Mesti ada sebab kenapa rekaan kami sama dan kenapa kami boleh dapat barang tu daripada pengeluar: kerana rekaan itu bukan hak milik siapa-siapa.

Siapa sahaja yang nak berniaga, berhak menjual rekaan-rekaan yang ada di pasaran apatah lagi ramai pelanggan yang membuat permintaan koleksi kami pada harga MAMPU MILIK. Hanya Allah yang memberikan rezeki.”

Pendedahan Asyallie bagi penulis ialah satu gambaran industri fesyen muslimah tempatan. Sekiranya anda membeli busana yang dikeluarkan jenama-jenama tertentu kerana teringin mengenakan pakaian yang direka pereka-pereka tertentu, besar kemungkinan anda sebenarnya bukanlah mengenakan rekaan mereka, sebaliknya pereka tersebut menggunakan rekaan orang lain yang dikeluarkan di bawah jenamanya. Sebagai pengguna, anda berhak membuat pilihan setelah mengetahui tentang hakikat ini.

Atau anda boleh menjadi seperti penulis, hanya membeli pakaian di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dijamin berpatutan dengan kualiti dan harganya.-amazingnara.com

Sumber: @asyalliee

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...