Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, tampil meminta orang ramai agar berhenti melemparkan kecaman terhadap seorang wanita dikenali sebagai Ami Ilana, selepas individu tersebut didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungannya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menurut Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, semua dakwaan yang dilemparkan terhadap Ami adalah tidak benar dan wujud akibat salah faham netizen yang membuat tuduhan tanpa usul periksa.
“Cuma semua ini berlaku kerana ada segelintir pihak yang memulakan panggilan tak sepatutnya terhadap Ami, tanpa usul periksa turut sama mengecam.
Tidak ada istilah sondol-menyondol sebab dia pun bersama dengan BASS sejak awal dan Ami pun tidak single,” katanya menerusi Instagram.
Bella turut menjelaskan bahawa segala isu yang tular sebelum ini telah diselesaikan secara baik antara mereka, sekaligus menafikan wujud sebarang konflik atau perebutan seperti yang didakwa.
Alhamdulillah kami dapat selesaikan bersama. Sebenarnya tiada perkara yang tidak baik seperti yang digembar-gemburkan.
Tambah Bella, dia turut merayu agar kecaman terhadap kakak Ami, Tasha, juga dihentikan, memandangkan situasi itu kini telah melibatkan ahli keluarga yang tidak sepatutnya dipersalahkan.
“Jadi, terus bergerak ke hadapan. Kami semua baik-baik sahaja dan kami sayang mama,” ujarnya.
Sebelum ini, tular dakwaan di laman Threads yang mendakwa hubungan Bella dan Syed Saddiq diganggu oleh seorang wanita rapat dengan mereka, dipercayai bekerja di bawah jenama yang turut diwakili pasangan berkenaan.
Spekulasi semakin hangat apabila netizen mendapati ibu kepada Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, tidak pernah memuat naik hantaran gambar bersama Bella di media sosial sekali gus mencetuskan pelbagai tanda tanya mengenai hubungan sebenar mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
