“Tiada Istilah Saya Sibuk Sampai Tidak Ada Waktu Meluangkan Masa Bersama Anak” – Fattah Amin

Hiburan

“Tiada Istilah Saya Sibuk Sampai Tidak Ada Waktu Meluangkan Masa Bersama Anak” – Fattah Amin

Pelakon popular, Fattah Amin menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sudah lama tidak meluangkan masa bersama anaknya, Nur Fatima Aisya disebabkan oleh kesibukan kerja.

Menurut Astro Gempak, pelakon itu berkata, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa walaupun sedang sibuk dengan kerjayanya.

Advertisement

fattah amin

Kalau ada yang kata saya sibuk sampai tak jenguk anak, itu tak betul.

 

Jadual kerja dah disusun lebih awal sama juga tarikh melawat anak. Tiada istilah saya sibuk sampai tidak ada waktu meluangkan masa bersama anak.

Dalam pada itu, Fattah turut menegaskan dia sentiasa menghubungi dan mencari masa untuk anaknya kerana itu merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

fattah amin dan fatima

Saya dan Fazura dah bersetuju dalam perjanjian sebelum ini, jadi saya dan Fatima dapat berjumpa.

 

Sudah tentu sekarang saya tinggal berasingan dengan anak tapi tanggungjawab sebagai ayah tetap ada dan memang mahu meluangkan masa sebanyak mungkin bersama Fatima.

Berkongsi lanjut, Fattah memberitahu dia tidak dapat menahan sebak apabila Fatima akui pernah bermimpi dirinya disebabkan terlalu rindu.

fattah amin dan fatima

Paling membuatkan saya sedih ialah apabila Fatima beritahu dia mimpi daddy.

 

Beberapa malam dia mimpi dan ingin bertemu saya. Itu membuatkan saya tersentuh.

Sebelum ini, perkongsian Fattah Amin menerusi akaun Instagramnya mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik foto bersama anaknya dan meminta anaknya untuk tidak bersedih kerana bertemu dalam tempoh yang singkat.

Fattah amin fatima aisya
4 days ago

"Hati Daddy Memelukmu Selamanya..." - Fattah Amin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...