Kerjaya lakonan pendakwah bebas, PU Riz masih belum berakhir, apatah lagi kemenangan beliau menggenggam trofi Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 bersama pelakon wanita Wanna Ali menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa.
Kemenangan pertamanya itu bukanlah penamat terhadap minat PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail dalam menceburi bidang seni lebih dalam.
Tiada istilah permulaan atau penamat dalam dunia seni. Jika ada rezeki, saya tidak akan menolak untuk berlakon.
View this post on Instagram
Ditanya oleh pihak Berita Harian tentang keterbukaannya untuk berlakon di sisi isteri tercinta Neelofa, beliau berpendapat tidak mempunyai sebarang masalah dan bersifat terbuka.
Dalam perkembangan lain, kini PU Riz sudah bergelar sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah di Sri Petaling bagi mengajar murid tingkatan satu dan dua.
Sekadar info, PU Riz merupakan guru sementara semenjak tahun lalu dan mengajar subjek bahasa Inggeris.