Tiada Istilah Perigi Cari Timba, Khai Bahar Terima Lamaran Aina Abdul

Hiburan

Tiada Istilah Perigi Cari Timba, Khai Bahar Terima Lamaran Aina Abdul

Jangan salah sangka, menerima lamaran itu bukanlah bermaksud dari segi perhubungan atau bercinta tetapi Khai Bahar difahamkan telah menerima undangan Aina Abdul untuk menjadi rakan duet dalam lagu baru berjudul Nafas Cinta.

Tidak menunggu lama, Aina Abdul yang ditemui berkata idea untuk tampil berduet bersama penyanyi Khai Bahar itu tercetus apabila mereka berdua menyanyikan semula lagu Just Give Me A Reason yang ditayangkan di saluran Youtube masing-masing.

Advertisement

Kolaborasi nyanyian itu ternyata telah mendapat sambutan serta maklum balas yang baik daripada pendengar dan dari situ Aina telah meluahkan keinginan untuk berduet dalam lagu terbaru dia bersama Khai Bahar.

“Khai ada menjemput saya untuk menyanyi dengannya pada Konsert Minggu Ini Bersama Khai Bahar di RTM. Ketika itu, saya cakap pada pengurus, alang-alang sudah berkenalan kita boleh buat satu lagu. Jadi saya dan pengurus ‘approach’ pihak Khai dan dia pun ok. Saya terus buat melodi lagu Nafas Cinta dan Khai pun berikan input untuk melengkapkan lagu ini. Jadi melodi dan lirik lagu ini kami hasilkan bersama.”

Menurut Aina lagi, lagu Nafas Cinta ternyata telah memberikan nafas baru dalam genre muzik mereka berdua. Lagu yang dicipta khas buat pasangan yang ingin bercinta sehingga melangkah ke alam perkahwinan itu menampilkan idea yang lebih ‘segar’ dan santai, berbanding lagu-lagu yang pernah dibawakan keduanya sebelum ini.

Menganggap Khai Bahar sebagai seorang yang sangat menyenangkan dan merendah diri, Aina mengakui bukan mudah untuk mendapatkan keserasian apabila membuat lagu bersama-sama namun ianya dapat diatasi dengan sikap kerjasama yang tinggi antara mereka berdua.

View this post on Instagram

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

Lagu Nafas Cinta serta video muzik rasmiĀ  telah dilancarkan pada 18 Disember lalu dan boleh didengari menerusi saluran Youtube Aina Abdul. Selain itu, ianya juga boleh didengari menerusi platform muzik digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox, Youtube Music dan juga Apple Music.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...