Tiada Istilah Halau, Zila Yang Tinggalkan Rumah Tanpa Pengetahuan Saya – Along Cham

Hiburan

Tiada Istilah Halau, Zila Yang Tinggalkan Rumah Tanpa Pengetahuan Saya – Along Cham

Tidak ingin namanya diburukkan lagi dengan cerita-cerita yang tidak benar, Along Cham telah tampil memperjelaskan lagi kontroversi yang berlaku antara dirinya dan isteri, Zila. Sebelum ini, netizen telah mengutuk tindakan Along yang didakwa menghalau Zila dan anak keluar dari rumah. Namun ternyata dakwaan itu tidak benar sama sekali. Menurut Along, dia tidak pernah mengusir Zila keluar sebaliknya isterinya itu yang meninggalkan rumah tanpa pengetahuan.
 photo along.jpgWalaupun pernah mengeluarkan kenyataan tentang masalah rumah tangganya sebelum ini, masih ramai yang tidak mempercayai kata-kata Along Cham. Ramai yang mendakwa Along mereka cerita dan tetap mendakwa pelawak itu menghalau Zila. Jika dibaca komen-komen di laman sosial, memang teruk Along dihentam. Kesian pun ada jugak. Tidak ingin dirinya terus Nista, kali ini Along tampil panjang lebar menjelaskan apa sebenarnya terjadi. Untuk makluman, Along telah pun memfailkan nusyuz terhadap Zila. Kata Along:-

Memang saya tidak pernahpun mengusir dia (Zila) bersama anak kami keluar dari rumah. Mereka (Zila dan anak) yang tinggalkan rumah tanpa pengetahuan saya. Biras yang datang mengambil mereka di rumah tanpa izin saya. Selama dia dan anak kami keluar rumah tinggalkan saya dan pulang ke rumah ibu mentua di Felda Lui, Negeri Sembilan, mereka langsung tidak menghubungi saya.

Saya cadang apabila dah ada duit, terus ambil mereka di rumah mentua dan kami sekeluarga pergi bercuti bersama. Dapatlah kami memperbaiki silap antara satu sama lain. Apapun, lain pula jadinya ketika saya ke rumah mentua. Zila sangat ego di hadapan ibunya hingga sanggup menjatuhkan maruah saya. Apa dia lakukan terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Pun begitu, saya tetap merayu kepada dia supaya kami bersama dan masing-masing berubah.

Salah satunya, Zila keluar dari Felda Lui untuk berhibur bersama kakak kandungnya hampir setiap malam di sekitar Seremban tanpa izin saya. Zila juga tidak memberitahu saya di mana tempat tinggal dia. Selain itu, dalam telefon hampir setiap hari Zila mendesak saya menceraikannya. Senang cakap, bermacam-macam cara yang dia (Zila) buat untuk dilepaskan tetapi saya kuatkan hati bertahan untuk cuba selamatkan rumah tangga kami.

Pernah sekali ketika itu Ahmad Danial (anak Along & Zila) menghubungi Zila dan bertanya bila mama mahu Danial datang ambil mama? Zila boleh menjawab, ‘tak tahu lagi, mama tak balik dah kot.’ Ketika itu, Danial terus mencampakkan telefon atas katil. Saya pun tegur dia. Perlukah seorang ibu cakap seperti itu kepada anaknya? Zila terus melenting dan meminta dia dilepaskan

Advertisement

 photo along.jpg

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Biasalah setiap perkahwinan pasti ada dugaan, cabaran dan rintangan. Yang penting adalah kita membuang ego, duduk berbincang dan cuba menyelesaikan masalah bersama-sama. Kalau kedua-duanya keras kepala, memang sampai kiamat tak akan selesai masalah. Abang Nara respek kepada Along kerana berusaha keras menyelamatkan rumah tangganya. Penceraian itu amat menyedihkan, lebih-lebih lagi jika ada anak yang akam menerima tempias. Semoga Along dan Zila akan berdamai semula. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...