Kecoh media hiburan tempatan sejak minggu lalu mengenai kisah percintaan antara penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman dan juga Tom.
Daripada tularnya video dan foto mesra antara mereka, sehinggalah kisah mengenai rumah tangga Fuad yang dikatakan sedang dalam proses perceraian, kini muncul pula kontroversi yang baru.
Menerusi satu hantaran di blog hiburan ini, seorang individu mendakwa Fuad Rahman sebenarnya masih berstatus suami orang dan nombor pendaftaran kes perceraian di mahkamah syariah Singapura juga tidak wujud.
Talak berapa Fuad? Tak ada lafaz apa pun tak ada tarikh iddah pun. Dua-dua belum jejakkan kaki ke pintu mahkamah. Apa yang self claim dalam proses?
Tiada istilah dalam proses, jika betul dalam proses, ada nombor pendaftaran kes, suruh Fuad tunjuk surat. Surat mahkamah notis kedatangan pun tak ada.
Individu itu juga memohon agar pihak media agar tidak menyebarkan pembohongan dan mengkritik sikap Tom yang menurutnya hanya meruntuhkan rumah tangga orang lain.
@mimie_gojes Tahniah FR n TOM??moga hubungan kalian kekal bahagia hingga ke jannah??????????????… ????????????? ??????? ?????????????? ??#foryou #abcdef #yourfansloveyou #sosawit#fuadrahman2k22 #kingtom #fyp?
Terdahulu, Fuad Rahman dan Tom mendedahkan mereka kini sedang berhubungan mesra sebagai pasangan kekasih dan perasaan itu berputik ketika dalam program Gegar Vaganza yang menutup tirai baru-baru ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.