Tiada Istilah “Anak Emas”, Que Haidar Kongsi Pengalaman Didik Anak

Trending

Tiada Istilah “Anak Emas”, Que Haidar Kongsi Pengalaman Didik Anak

Sebut perihal anak, bapa tiga anak ini tersenyum lebar.  Mengakui kagum dengan ibu dan arwah bapanya yang membesarkan mereka sepuluh beradik.

Advertisement

Que sebolehnya cuba menyantuni anak-anak mengikut acuan yang serupa.

Sebagaimana bahagia mereka seisi keluarga, begitu juga dia mahu memastikan isteri dan anak-anak bahagia.

“Bukan senang untuk melakukannya tetapi saya mahu buat yang terbaik untuk keluarga. Bila melihat apa yang arwah bapa lakukan untuk kami sekeluarga nampak seperti mudah. Padahal hakikatnya ia tidak semudah yang dijangka. Ada tiga orang anak ini pun pening juga kepala, apatah lagi arwah bapa membesarkan kami.”

“Masing-masing mempunyai perangai dan kecenderungan berbeza. Anak yang sulung, Qalif, sudah meningkat remaja, lain pula cara untuk menanganinya. Ratu dan Cleo juga punya karektor berlainan meski beza umur mereka hanya dua tahun. Pada saya, tiada istilah anak kesayangan. Siapa buat salah, dia tetap akan didenda.”

“Antara saya dengan Linda, saya lebih tegas dan ada sedikit temper. Linda lebih lembut dan tidak suka marah anak-anak. Memang tak hairan kalau anak-anak gelar saya Mr. No di rumah sebab perkataan No (tidak) memang selalu sahaja keluar dari mulut saya. Kecil hati juga bila mula-mula tahu digelar begitu, tetapi tak boleh nak buat apa. Terima sahajalah.”, katanya tertawa lucu apabila Cleo datang di sebelahnya mengangguk sambil memanggil nama gelarannya.

Meski begitu dia tetap bertegas sekiranya perlu. Dia percaya salah seorang daripada mereka perlu tegas dalam mendidik anak-anak. Hal ini membantu mereka lebih berdisiplin dan belajar dari kesilapan.

Orang yang berbuat salah perlu didenda dan dari situ anak-anak belajar apa yang dilakukan mereka salah.

“Kalau salah, tetap salah. Biasanya hukuman yang saya beri seperti berdiri di hujung, tiada gajet dan denda lain yang bersesuaian. Saya bukan jenis yang hanya terangkan apa yang dibuat itu salah, tanpa sebarang tindakan. Saya tak mahu mereka fikir kesalahan mereka itu adalah okay untuk dilakukan bila saya tidak marah dan betulkan mereka.”

“Kadang-kadang, Linda kata saya ‘kejam’ sebab denda anak-anak. Tapi, saya masih dengan prinsip saya. Salah seorang daripada kami mestilah tegas. Tak bolehlah kedua-duanya lembut dan tidak langsung marah (tegas) dengan anak-anak. Inilah cara kami mendidik anak dan cara ini saya terapkan sebagaimana cara ibu bapa dan mentua saya mendidik anak-anak mereka.”

Bila diingat balik, teringat lakonan Que Haidar dalam salah satu drama lakonan beliau. Mungkin gitu lagaknya dia mendidik anak-anaknya.

Didoakan semoga keluarga Que sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...