Tiada Hadiah Hari Jadi Untuk Anak Angkat, Aliff Syukri Dan Isteri Didakwa Pilih Kasih

Hiburan

Tiada Hadiah Hari Jadi Untuk Anak Angkat, Aliff Syukri Dan Isteri Didakwa Pilih Kasih

Sejak Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida membuat keputusan untuk mengambil anak angakt, pelbagai isu dibangkitkan oleh netizen. Antaranya mengenai perbezaan kasih sayang diberikan kepada anak kandung dan anak angkat meskipun pasangan ini sebenarnya sudah mencuba yang terbaik untuk memberikan layanan sama rata terhadap kesemua anak-anak mereka.

aliff syukri anak angkat

Advertisement

Sekali lagi, anak angkat perempuan mereka iaitu Ameena menjadi bualan netizen dimana ada pihak mendakwa Aliff dan isterinya pilih kasih.

Baru-baru ini, mereka telah mengadakan sambutan hari lahir bagi ketiga-tiga anak mereka iaitu Qadejah, Ibraheem dan Ameena.

anak angkat aliff syukri ameena

Shahida sempat memuat naik video sekitar majlis tersebut di Insta Story di Instagramnya, namun apa yang menarik perhatian netizen adalah salah satu video menunjukkan Aliff hanya memberikan hadiah kepada Ammar, Qadejah dan Ibraheem sahaja tetapi tidak kepada Ameena.

Rata-rata netizen kembali mempersoalkan layanan yang diberikan kepada Ameena. Tidak hanya berdiam diri, Shahida yang agak bengang dengan komen netizen menjelaskan Ameena masih terlalu kecil untuk menerima hadiah, malah ketiga-tiga anaknya juga baru sahaja merasa menerima hadiah apabila mencecah umur lapan tahun.

datin shahida

Geram dengan sikap netizen yang suka menghukum, Shahida sempat memerli agar mereka memberikan perhatian dan lebih kasihanan anak-anak di Syria dimana mereka hidup dalam serba kekurangan.

Bersabarlah, hanya Tuhan sahaja yang tahu niat murni dan kasih sayang dicurahkan Aliff dan Shahida buat anak angkat mereka itu. Daripada mengecam, lebih baik netizen mendoakan agar kebahagiaan mereka sekeluarga kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita : Forum CARI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...