Untuk sambutan Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi, kerajaan masih membenarkan aktiviti kunjung-mengunjung. Buat masa ini, kerajaan belum membuat keputusan untuk mengambil langkah mengehadkan kehadiran tetamu seperti yang dilaksanakan ketika sambutan Aidilfitri sebelum ini.
Menteri Kanan Kluster Keselamatan Ismail Sabri Yaakub menyatakan perkara itu ketika sidang medianya semalam.
Namun, keputusan itu boleh berubah dan bergantung kepada angka kes jangkitan baharu COVID-19 di negara ini.
“Prosedur operasi standard (SOP) Raya Haji ini, kita akan tentukan kemudian, jika ada peningkatan kes kita mungkin ia akan diubah.”
Ketika sambutan Aidilfitri yang lalu, bilangan tetamu yang berkunjung ke rumah hanya dihadkan kepada 20 orang sahaja dalam satu-satu masa. Arahan itu dikeluarkan bagi mengelakkan orang ramai bersesak-sesak di satu-satu tempat untuk mengekang penularan wabak COVID-19 yang tinggi pada waktu itu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.