Kemesraan hubungan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila tidak dapat disangkal lagi, mereka pun sering memuat naik foto berserta kapsyen yang cukup romantis di Instagram hampir setiap hari. Melihat kepada kemesraan mereka berdua, ada peminat yang membandingkan hubungan Sharnaaz bersama bekas kekasihnya, Anis Al Idrus yang tidak begitu ditonjolkan di media sosial.
Menjawab persoalan itu, Anis menerusi portal mStar berkata beliau tidak mahu terlalu mendedahkan hubungan mereka sebelum ini kepada umum dan merasa syukur kerana tidak berbuat begitu kerana apabila beliau putus dengan Sharnaaz tentu Anis dan keluarganya mendapat malu.
Pada saya hubungan yang belum pasti tidak perlulah ditunjuk-tunjuk kepada umum, itu juga membawa kepada maruah keluarga kita. Nasib baik juga saya tidak terlalu banyak gambar di laman sosial, kalau tidak… malu juga keluarga saya.
Di tanya mengenai kekerapan Sharnaaz dan Noor Nabila yang memuat naik foto mesra mereka di media sosial, Anis berpendapat ia adalah hak masing-masing.
Walaubagaimanapun beliau mempercayai sesuatu ikatan ataupun hubungan itu tidak boleh diterjemahkan didalam sebuah foto.
Memang ada yang membandingkan tentang perkara itu, tapi saya rasa sesebuah hubungan tidak boleh diterjemahkan menerusi foto.
Melainkan sudah ada ikatan tertentu dengan tujuan memberitahu orang lain bahawa dia adalah milik kita.
Kemesraan ataupun sifat manja itu kalau boleh biarlah kita dan pasangan sahaja yang tahu dan tidak perlu terlalu mendedahkan ia kepada umum. Nanti bila hubungan itu tak jadi bak kata Anis memang boleh rasa malu dibuatnya. Lebih baik lah simpan sahaja kemanisan itu.