“Tiada Emel Yang Dihantar, Orang Ramai Diminta Jangan Tertipu Dengan Emel Palsu” – BNM

Trending

“Tiada Emel Yang Dihantar, Orang Ramai Diminta Jangan Tertipu Dengan Emel Palsu” – BNM

Orang ramai diingatkan dan diberi amaran agar tidak membuka sebarang emel yang mengandungi nama Bank Negara Malaysia (BNM).

Advertisement

Akhbar The Sun melaporkan, BNM menafikan mana-mana emel yang dihantar menggunakan namanya malah menyatakan ia dihantar oleh pihak yang bertujuan untuk membolot wang tunai hasil titik peluh orang lain.

Tambahnya, emel yang turut disertakan dengan lampiran muat turun membawa pengguna ke laman web palsu di mana ia memaksa pengguna mencatat maklumat kewangan peribadi seperti butir kad kredit atau debit.

Mengulas lanjut mengenai emel palsu itu lagi BNM dalam kenyataannya menegaskan pihaknya mahupun mana-mana institusi kewangan, pengeluar kad kredit atau institusi perbankan tidak akan meminta maklumat perbankan peribadi melalui e-mel, telefon atau SMS.

“Jika orang awam menerima emel, lebih baik mengendahkannya dan jangan sekali-sekala dalam apa jua keadaan, memuat turun lampiran sekiranya sudah membuka emel itu.

BNM menasihatkan orang ramai menggunakan pelayar web yang dikemaskini dengan elemen penapisan khususnya pengesan emel palsu, tidak melayan panggilan atau SMS yang mendakwa seseorang memenangi wang tunai, mengarahkan pemindahan dana, pembayaran atau bayaran balik dan permintaan untuk maklumat perbankan peribadi.

BNM juga meminta orang ramai supaya menghubungi bank masing-masing atau Persatuan Bank-bank Malaysia di talian bebas tol Malaysia ABMConnect di 1-300-88-9980 jika wujud keraguan dari segi e-mel, SMS atau panggilan yang diterima.

Menurut BNM, penipu yang terlibat dalam aktiviti ini menghantar emel bertajuk , “Pengesahan keselamatan” kononnya daripada BNM, memaklumkan mengenai bayaran masuk.

Mangsa kemudian diarahkan melengkapkan pengesahan keselamatan dengan memuat turun lampiran yang disediakan.

Setelah lampiran diklik atau dimuat turun, pautan akan mengarahkan penerima ke laman web palsu yang meminta maklumat kewangan peribadi seperti butir-butir kad kredit atau kad debit.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...