Tiada Dalam Sepahtu Reunion, Pak Ya ‘Digam’ Buat Persembahan?

Hiburan

Tiada Dalam Sepahtu Reunion, Pak Ya ‘Digam’ Buat Persembahan?

Baru-baru ini, viral mengenai dakwaan mengatakan pelawak Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya yang dikatakan telah dihalang daripada terbabit dalam rakaman program Sepahtu Reunion Al Puasa yang sepatutnya berlangsung di Royal Teater, Shah Alam pada Ahad lalu.

illya

Advertisement

Bukan itu sahaja, namanya juga dikatakan digam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sehingga dilarang membuat kemunculan dalam dua episod sitkom popular Sepahtu Reunion Live 2020 yang bersiaran secara langsung sejak 17 Januari lalu.

Menerusi perkongsian daripada netizen, pelawak itu ‘digam’ kerana memerli kerajaan di final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 ketika membuat persembahan bersama kumpulan Rare yang turut dianggotai  Ajak Shiro dan Ropie.

Pak Ya ‘disekat’ dari buat persembahan

pak ya sepahtu reunion live pak ya digam pak ya digam pak ya digam pak ya digam buat persembahan pak ya digam buat persembahan

Rakan selebriti seperti Shahrol Shiro dan Amyza Aznan serta peminat meluahkan rasa kecewa Pak Ya diperlakukan sedemikian. Tindakan itu seolah-olah menyekat ‘periuk nasi’ pelawak yang mencari rezeki bagi menyara kehidupan.

Bukan sahaja Pak Ya, Ajak dan Ropie turut ‘digam’

pak ya ropie ajak shiro

Pak Ya sendiri tampil mengesahkan perkara tersebut. Bukan hanya dia yang dilarang membuat persembahan, malah Ajak dan Ropie juga turut terkena tempias yang sama.

Ya, mmg betul, saya kena sekat dari beraksi oleh orang tertentu di Shah Alam, Selangor. Ini mungkin sebab lawak di MLM2019 yang saya buat masa pentas akhir hari tu kerana mereka sendiri (pihak berkenaan) yang maklumkan kepada pihak penyiaran Astro.

Mmg saya akui ada lawak sindiran, namun ianya dibuat untuk tujuan jenaka sahaja. Saya tidak menyangka pihak mereka begitu serius tentang hal ini.

pak ya digam

Pak Ya turut minta maaf kepada pihak Astro jika dia telah mengganggu pihak produksi dan berharap berharap isu ini tidak berlarutan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...