Pelakon popular Datuk Adi Putra turut tidak bersetuju dengan pandangan rakan artisnya Datuk Rosyam Nor berkenaan dengan keperluan pusat pelacuran di Malaysia.
Hormati pandangan
Menurut Adi, dia hormat dengan pandangan yang diberikan oleh Rosyam dalam podcast tersebut namun dirinya tidak menyokong kenyataan berkenaan. Bagi Adi, sesatu yang terang dilarang harus dielakkan tak kira apa alasannya.
Saya hormat pandangan dia, kerana setiap orang ada pandangan berbeza. Kalau tanya saya, apa yang sepatutnya diperintah Allah, kita perlu ikut dan mana yang terlarang harus dielakkan.
View this post on Instagram
Tidak akan menyokong
Bukan itu sahaja, kata aktor filem Mat Kilau ini juga, tidak pernah terlintas dalam fikirannya tentang keperluan pusat pelacuran. Dia turut berpendapat bahawa isu tersebut dianggap sensitif di kalangan masyarakat dan tidak patut dibahaskan dan disokong.
Untung menyokong pusat pelacuran tiada dalam kamus hidup saya. Tak pernah dalam fikiran saya sama ada perlu wujudkan rumah pelacuran atau tak.
Sebelum ini, media sosial digemparkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rosyam Nor yang menganggap rumah pelacuran itu perlu ada di Malaysia.