Pelakon Sherry Ibrahim memberitahu dia telah memaafkan pihak yang mencetuskan provokasi hingga menimbulkan perbalahan antara pihaknya dengan pengikut FattZura dan Reka Temor.
Ini ialah susulan kepada kisah Sherry Ibrahim yang merasa berang apabila akaun Instaram Reka Temor telah meninggalkan komen di akaun Instagramnya untuk melihat gambar-gambar majlis perkahwinan Fattah Amin dan Fazura yang telah dimuat naik di akaun perunding perkahwinan itu.
Reka Temor telah memuat naik satu salinan skrin mendakwa akaun Instagramnya telah digodam selepas itu.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Dia menulis:
Komen yang ditinggalkan akaun Reka Temor itu dianggap tidak sensitif kerana ia seolah-olah mengejek Sherry yang diketahui ramai pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Fattah Amin.
Sherry berkata dia tiada cara untuk memastikan sama ada benar Instagram Reka Temor telah diceroboh jadi perkara ini dianggap berakhir setelah Reka menghubungi pihaknya menerangkan tentang perkara itu.- beautifulnara.com