Dalam satu laporan akhbar tempatan, wakil kerajaan Indonesia mendakwa telah mendaftarkan rendang sebagai warisan budaya negara itu di Unesco. Ketua Pengarah Pengembangan Destinasi Pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Achyaruddin berkata dalam satu festival rendang di Padang:-
Makanan tradisional dari Sumatera Barat ini didaftarkan di Unesco pada tahun 2010 dengan nombor pendaftaran 776.
Kalau ada yang berani mengaku sebagai pemilik warisan budaya yang telah ditetapkan Unesco, maka negara yang berkenaan boleh dituntut (didakwa).
Bagaimanapun, carian kami di laman web UNESCO gagal menemui sebarang bukti pendaftaran ‘rendang’ sebagai warisan budaya Indonesia, mahu pun sebarang nombor pendaftaran seperti yang didakwa.
Melalui laman sesawang Unesco, ada beberapa item telah didaftarkan sebagai warisan budaya Indonesia:-
Malah pada tahun 2010, hanya Angklung Indonesia yang didaftarkan sebagai warisan budaya kemanusiaan negara itu.
Sila klik pautan ini untuk rujukan.
Sekiranya ada antara pembaca AN yang boleh menyertakan bukti bahawa Unesco telah mendaftarkan rendang sebagai warisan Indonesia kami amat mengalu-ngalukannya.
Buat masa ini, kalau mengikut laman sesawang Unesco, ia masih belum mendaftar rendang sebagai warisan budaya negara itu. Sekurang-kurangnya Unesco di planet kita. Tidak pula dapat dipastikan sekiranya Unesco yang dimaksudkan ialah Unesco planet Zuhal.