“Tiada Bukti Kukuh, Saya Rasa Tiada Masalah” – Fazley Yaakob Beri Penjelasan Isu Jadi Duta Jenama Produk Yang Ada Kaitan Dengan Isr*el

Hiburan

“Tiada Bukti Kukuh, Saya Rasa Tiada Masalah” – Fazley Yaakob Beri Penjelasan Isu Jadi Duta Jenama Produk Yang Ada Kaitan Dengan Isr*el

Cef terkenal dan juga penyanyi, Datuk Fazley Yaakob tampil memberikan penjelasan mengenai penglibatannya sebagai duta dalam beberapa jenama produk yang kini sedang diboikot gara-gara penglibatan syarikat itu dalam konflik zionis dan Palestin.

Ditemui Oh Bulan!, Fazley berkata dia sudah melakukan kajian secara terperinci bagi setiap jenama sebelum bersetuju untuk berkolaborasi.

Advertisement

Apabila saya menjadi duta untuk jenama-jenama yang sensitif, orang akan mempersoalkan.

Apa yang saya buat semasa menjadi duta saya akan kaji kebolehan mereka untuk mentadbir keadaan politik semasa, adakah ramai pekerja tempatan yang bekerja dan adakah mereka menyokong sebulat suara atau mereka sekadar menyatakan sokongan dalam konteks netizen.

Fakta itu saya sudah kaji sendiri sebelum menjadi duta bagi produk-produk ini.

Tambahnya lagi, dia tidak akan menamatkan kontrak sesuka hati selagi tiada bukti kukuh tentang pembabitan jenama-jenama berkenaan dengan Israel.

Pada saya proses mengundur diri adalah mengikut kontrak. Kalau saya diikat dengan kontrak dan selagi tidak ada fakta atau bukti atau kenyataan daripada pihak syarikat yang menyatakan sokongan kepada pihak-pihak yang tidak sepatutnya, saya rasa saya tak ada masalah untuk bekerjasama.

Fazley dalam pada itu berkata bahawa dia tidak terkesan meskipun ada yang mengecam tindakannya menjadi duta bagi produk-produk berkenaan dan menyifatkan peminat yang tetap menyokongnya sebagai seseorang yang bijak menilai.

Setakat ini Alhamdulillah saya tidak terkesan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

artis wajah lembut
6 months ago

"Siapa Yang Pernah Kerja Dengan Dia Tahu lah" - Siapa Selebriti Pernah Baling Skrip Di Muka Orang, Perangai 'Syaitan'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...