Tiada Bukti Anak Positif Dadah, Shah Rukh Khan Bakal Saman Biro Kawalan Narkotik

Hiburan

Tiada Bukti Anak Positif Dadah, Shah Rukh Khan Bakal Saman Biro Kawalan Narkotik

Pelakon Bollywood kesayangan ramai, Shah Rukh Khan dikhabarkan akan membuat tindakan undang-undang terhadap Biro Kawalan Narkotik (NCB) yang didakwa berlakunya penyelewengan prosedur sehingga anak lelakinya, Aryan Khan ditangkap sebab kes dadah.

Selepas hampir tiada bukti positif menunjukkan tertuduh bersalah, mahkamah Tinggi Bombay mengeluarkan perintah ikat jamin dalam kes dadah yang melibatkan Aryan Khan.

Advertisement

Oleh kerana itu, pelakon terkenal tersebut dinasihatkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarah NCB Sameer Wankhede yang mengetuai kes dadah persiaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk)

Sameer Wankhede menuduh Aryan secara palsu sehingga membuatkan remaja tersebut berada di penjara Arthur Road lebih dari tiga minggu.

Tambahan lagi, mahkamah turut menyatakan bahawa kenyataan pengakuan yang didakwa direkodkan oleh pegawai penasihat tidak sah dan NCB tidak boleh bergantung kepada mereka.

Terdahulu, tertuduh iaitu Aryan Khan, Arbaz Marchant dan Munmun telah ditangkap pada 3 Oktober oleh Biro Kawalan Narkotik selepas mereka melakukan serbuan di pelayaran Mumbai dan telah merampas bahan terlarang.

Shah Rukh Khan
3 years ago

Makan Makanan Penjara, Anak Shah Rukh Khan Dilayan Seperti Banduan Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...