Rider penghantaran merupakan perkhidmatan yang paling mendapat sambutan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memudahkan pembelian barangan keperluan, makanan dan urusan lain yang memerlukan pergerakan.
Merekalah yang bertungkus-lumus seharian bagi memenuhi pelbagai urusan dan pesanan pelanggan. Namun, pelbagai kisah tentang mereka dianiayai oleh pelanggan yang tidak bertanggungjawab ketika menjalankan tugas sering dilaporkan.
Terbaru, satu perkongsian tular di media sosial, tentang seorang rider penghantaran yang dikenali sebagai Hairul memberitahu dia telah ditipu oleh seorang pelanggan.
Dia dihubungi oleh pelanggan melalui apikasi Whatsapp itu beberapa hari yang lalu bagi membantu membeli beberapa barangan keperluan dapur.
Dia memberitahu terlupa untuk meminta bayaran deposit oleh kerana terlalu sibuk menyelesaikan pesanan dari pelanggan.
Hairul tidak menyangka dan terkilan kerana setelah selesai membuat penghantaran kesemua barangan tersebut, pelanggan tersebut telah menyekat nombor telefonnya di aplikasi Whatsapp sebelum membuat sebarang bayaran.
Dia tidak menyangka di bulan Ramadhan yang mulia ini masih ada individu yang tidak jujur serta menipu. Dia menganggap kejadian ini sebagai satu ujian dan tidak akan pernah berputus asa kerana pekerjaan ini memberikan kepuasan padanya apabila dapat memudahkan urusan orang lain.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.