Tiada Bahan Kimia Ditemui Di Tempat Kejadian, Tunggu Laporan Penuh Makmal Forensik

Trending

Tiada Bahan Kimia Ditemui Di Tempat Kejadian, Tunggu Laporan Penuh Makmal Forensik

“Tiada bahan kimia yang ditemui di lokasi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat seperti yang dilaporkan portal media tertentu.”

Advertisement

Demikian tegas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman ketika diminta mengulas laporan portal yang mendakwa ada penemuan kesan bahan kimia di sekitar kawasan kejadian dan bomba membawanya ke makmal untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes sensitif seperti itu tidak sepatutnya disensasikan sebaliknya laporan berita yang tepat perlu disampaikan kepada pembaca.

“Sentiasa cakap dan lapor perkara yang benar.”

“Saya berpegang kepada kenyataan sebelum ini yang kejadian itu bukan disebabkan masalah litar pintas dan punca kejadian masih dalam siasatan selain menunggu laporan penuh dari Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).” katanya.

Dalam sidang media lebih awal, Khirudin menyatakan hasil siasatan awal pihaknya mendapati kotak fius di tingkat bawah pusat tahfiz itu berada dalam keadaan baik.

“Tiada satu fius pada kotak fius berkenaan yang tertolak seperti lazimnya berlaku sekiranya timbul masalah litar pintas.”

“Ini kerana sekiranya wujud masalah litar pintas suiz pada kotak fius akan terangkat atau terpelantik ke bawah.” katanya.

Beliau bagaimapun enggan mengulas lanjut sekiranya kejadian itu mempunyai unsur khianat atau ada unsur jenayah.

“Pada masa ini adalah terlalu awal untuk mengesahkan wujudnya unsur jenayah kerana pihak bomba turut memerlukan laporan siasatan dari pihak polis selain hasil siasatan Unit Forensik Bomba.”

“Kita juga akan turut mengambil kenyataan daripada saksi iaitu pelajar dan kakitangan pusat tahfiz yang terselamat.” katanya.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...