January 23rd, 2018

Bulan Mac depan, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal menyambut kelahiran puteri sulungya yang sudah lama dinantikan.  Tidak seperti artis lain, Siti Nurhaliza bagaimanapun enggan mengadakan majlis “baby shower” buat anaknya tetapi cukup sekadar mendapat keberkatan dengan mengadakan majlis doa selamat.

Saya memang tidak ada perancangan untuk mengadakan sebarang majlis baby shower untuk menyambut kelahiran bayi sulung. Baru-baru saya dan suami ada membuat majlis doa selamat yang dihadiri keluarga, anak-anak tahfiz serta rakan terdekat sahaja.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza memberitahu beliau ada mencipta lagu untuk anaknya yang berjudul Comel Pipi Merah. Ia merupakan idea daripada lagu yang sering dinyanyikan oleh arwah bapanya untuk anak-anak serta cucu ketika kecil.

Tentunya majlis doa selamat adalah yang terbaik untuk mendapatkan segala keberkatan dan berdoa agar segalanya dipermudahkan untuk menyambut kelahiran insan baru di dunia ini.

Sumber Berita : mStar Online


42 responses to “Tiada Baby Shower Hanya Majlis Doa Selamat Sahaja – Datuk Seri Siti Nurhaliza”

  1. Minah kepoh says:

    Betul ke dia mengandung.. mcm tipu je. Entah lah.. instict mengatakan sebaliknya

Loading...