Menjawab segala kenyataan Shah Rezza, pengarah rancangan Teh Tarik Che Ta , Yusmal Ghazali memberitahu sebenarnya tiada artis yang datang lewat.
Tiada artis terlambat pun pada sesi rakaman itu kerana saya bagi masa call time pukul 9.30 malam lepas solat Isyak sebab saya faham ada yang ingin mengerjakan solat Terawih.
Jadi saya bagi masa mereka sama ada untuk datang ke lokasi pada pukul 5 petang bagi yang ingin buat soundcheck dan latihan.
Bagi yang sudah biasa menyanyi seperti Maya Karin dan Farahdhiya mereka tidak perlu ke sesi latihan itu.
Yusmal mengakui beliau tidak tahu apa-apa mengenai isu berkenaan dan terkejut apabila Shah Rezza meminta untuk menarik diri pada saat akhir atas alasan masalah kesihatan.
Saya tidak tahu beliau terasa hati terpaksa menunggu lama kerana saya diberitahu dia meminta untuk balik kerana kurang sihat.
Saya beritahu dia kenapa tidak beritahu awal dan pihak kami juga tidak mahu memaksa, malah boleh mencari pengganti tempatnya.
Ermmh, kalau tiada artis yang datang lambat takkanlah Datuk Seri Shah Rezza nak bengang begitu. Apa-apa pun, harap kedua-dua pihak dapat berbincang secara baik agar isu ini tidak berpanjangan.